Cute Pink Face Kaoani WEBLOG TITAS KAMI (^^,)v: July 2012
السلام عليكم (^^,)v

Sunday, 29 July 2012

Pendaftaran Anak Luar Nikah dalam setiap 17minit 17saat!

Dalam tamadun Islam kita pada hari ini, kelahiran anak luar nikah bukanlah lagi satu perkara yang luar biasa memandangkan dari sehari ke sehari jumlah kelahiran semakin meningkat seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.


Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibubapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Terdapat perbezaan sijil kelahiran anak tidak sah taraf dengan yang sah taraf. Nombor sijil yang biasanya diletakkan pada dokumen sebelah kanan, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemilik tidak mengetahui ayah kandung mereka.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa cacatan nama bapa sejak tahun 2000 hingga Julai 2008.

Ini bermakna, secara putara 2,500 kes anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau 83.3 kes setiap hari. Jika diunjurkan lagi, kes perdaftaran anak luar nikah telah berlaku pada setiap 17minit 17saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik, dalam tempoh 4tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%)orang adalah bayi kepada orang Islam.

PECAHAN MENGIKUT NEGERI

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

Inilah virus W1H1N iaitu WAHAN yang sedang pesat melanda umat Islam kita pada hari ini. Rekod menunjukkan hanya 83kes setiap hari, bagaimana dengan kes yang tidak direkodkan?

Tambahan pula hari ni kita telah mencapai tahun 2012. pastinya kes pendaftaran anak tidak sah taraf semakin meningkat kini. 

Sama-sama kita renungkan. Cinta di Dunia hanya Sementara, tetapi Cinta Akhirat pasti kekal Abadi.

Saturday, 28 July 2012

ISLAMOPHOBIA

  • 11 September : Kemusnahan Pusat Perdagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat.
  • Dunia mula mengenal al-Qaeda dan Osama bin Laden kononnya sebagai pengganas Islam paling berbahaya.
  • Kalangan pengulas di Amerika menunding jari kepada Arab Saudi.
  • Masyarakat Islam digelar Pengganas dan rasa gerun terhadap muslim mencetuskan fenomena Islamophobia.
  • Islam yang difahami mereka adalah agama yang mempunyai sifat untuk menghancurkan semua tamadun lain termasuklah Barat.
  • Terjemahan Al-Quran yang dibaca oleh sesetengah individu dan kelompok masyarakat Eropah khususnya mendapati Islam menyeru umatnya memerangi orang kafir.
  • Akibat : Kemunculan perasaan benci dan takut terhadap apa jua unsur yang memaparkan atau mengandungi imej Islam.
  • Kesan : Mendorong perlakuan-perlakuan yang tidak bertamadun bagi memberi tindak balas terhadap ancaman yang dihadapi. 
  • Kempen membakar naskah Al-Quran bercetak sebagai usaha menghantar mesej kepada umat Islam bahawa mereka menganggap ajaran Al-Quran adalah jahat.
  • Bagi Barat, al-Quran lah yang membawa kepada peristiwa 11 September itu. Tetapi bagi orang Islam umumnya, serangan dalam 11 September itu bukan ajaran Islam.
  • Keganasan bukan ajaran Islam. Orang Islam sendiri bukan saja takut pada keganasan, tetapi telah pun menjadi mangsa mereka.
  • Walaupun niatnya itu dibatalkan tetapi dunia tergamam dengan pengumumannya. Orang Islam di seluruh dunia marah dan tidak kurang yang sudah mengancam nyawanya.
  • Apa yang dikhuatirkan ialah apabila beliau meneruskan juga niatnya itu dan satu tindas balas yang ganas berlaku dari kalangan orang Islam, yang natijahnya hanya memburukkan lagi hubungan antara orang Islam, dan Kristian serta selanjutnya menyusahkan dunia keseluruhannya
  • Penciptaan istilah 2 seperti ‘terrorist Islam’,’military islam’atau ‘Islam Fundamentalis’ oleh media massa pula menambah barah pada dunia.
  • Agama Islam dan penganutnya sering dikaitkan dengan unsur2 keganasan dan ketidakmadunan di dada2 akhbar saban waktu.
  • tidak juga dapat dinafikan,fenomena ini juga terjadi dari kesalahan orang islam sendiri.contohnya,dalam negara Malaysia,pemegang rekod penagih dadah,penghuni penjara paling ramai,gejala buang bayi,mat rempit ,bohsia,pengkid dan lain2 masalah penyakit social 
  • semuanya digalas penganut Islam sendiri di tangga teratas dengan jumlah maximum tertinggi.Selain itu,perbalahan politik dalam kalangan orang Islam (UMNO&PAS) & pertelingkahan antara sesama golongan agamawan juga menyumbang kepada berlakunya salah faham terhadap agama Islam.
  • Hakikatnya,Islamophobia berlaku disebabkan "salah faham’manusia tidak kira muslim atau non-muslim terhadap agama Islam itu tersendiri."
  • Susulan itu, pelbagai jenis Islamophobia mula wujud di minda masyarakat.

Our New Tab (:

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat para pembaca yang kami kasihi sekalian :)

Di sini kami ingin memberi notis pemberitahuan tentang tab baru kami. tab ini diletakkan bertujuan untuk memudahkan anda semua.

HOME : untuk mengetahui perkembangan terbaru kami.
HOT TOPIC : tentang isu-isu semasa berkaitan TITAS.
HISTORY : sejarah2 yang berkaitan dengan TITAS.

nak cari kat mana? mudah saja kawan2. just click butang2 yang berlabel disebelah kanan anda (:

TERIMA KASIH <3

Surah-surah Palsu

  1. al-Iman
  2. al-Wasaya
  3. al-Tajassud
  4. al-Muslimun
Terjemahan yang terdapat dalam beberapa surah ini:

Surah al-Muslimun
  1. Alief lam saad miim
  2. Katakanlah : Hai kaum muslimin, kamu sekalian telah tersesat jauh.
  3. Bagi yang tidak percaya kepada Allah dan Kristus-Nya, akan menikmati hari akhirnya dalam korban api dan seksaan yang pedih.
  4. Beberapa wajah pada hari itu akan terlihat memelas dan ketakutan mencari pengampunan dari Allah dan Allah akan menolongnya apa yang Dia inginkan (untuk ditolong)
  5. Pada hari itu, Sang Maha Pengampun berkata : Hai umat-Ku, Aku telah mengurniakan padamu petunjuk dalam Taurat dan Injil.
  6. Dan kamu seharusnya tidak memungkiri apa yang telah Aku perintahkan padamu dan menyesatkan diri dari jalan yang benar.
  7. Mereka berkata : kami tidak tersesat sendiri tapi dia (Muhammad) yang telah dijadikan salah satu utusan (Allah) telah salah memimpin kami.
  8. Dan Allah berkata : Hai Muhammad, kau telah memujuk umat-Ku dan menyebabkan mereka tidak mempercayai.
  9. Dia berkata : Ya Tuhanku, adalah syaitan yang telah memujukku dan sebenarnya akan selalu mengganggu anak cucu Adam.
  10. Dan Allah akan mengampuni orang2 yang telah terpujuk lalu menyesal dan Dia akan memaksa dia yang terpujuk oleh syaitan, yang menyedihkan.
  11. Dan jika Allah memerintahkan sesuatu, Dialah yang paling tahu yang diperintahkan dan Dia dapat melakukan segalanya.



Kepalsuan al-Quran!


al-Quran

  • al-Quran adalah kalam Allah SWT yang merupakan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi akhir zaman, Nabi Muhammad SAW.
  • satu-satunya kitab yang terjaga keasliannya dalam satu bahasa dan huruf yang terangkai di dalamnya.
  • mempunyai 30juz, 114surah, 6666ayat mudah dihafal oleh orang2 yang beriman dan mempunyai hati yang bersih.
  • sumber ilmu agama yang tidak pernah ketinggalan zaman bahkan selalu mendahului zaman, kerana kebenarannya baru terbukti ketika zaman sudah mampu mencipta teknologi mulai dari ilmu Matematik, Biologi, Fizik, dan sebagainya. 
  • segala ilmu telah terbukti sebelum ditemukan al-Quran kerana al-Quran telah menulis segalanya.

Kepalsuan al-Quran

  • banyak usaha yang dilakukan oleh orang2 kafir untuk memalsukan al-Quran, namun usaha itu selalu terkandas dan sia-sia.
  • Di era modenisasi ini, pemalsuan al-Quran juga lebih hebat lagi.
  • Contoh : Omega 2001 dan One Press dengan judul hard cover "Furqanul Haq" dalam huruf Arab dan "True Furqan" dalam bahasa Latin.
  • diedarkan di Jawa Timur pada tahun 2002. dan usaha ini turut gagal.
  • "True Furqan" terdiri daripada 366halaman dengan terjemahan bahasa Inggeris disebelah kiri setiap halaman (hasil terjemahan orang yang menamakan diri sebagai Al-Saffi dan Al-Mahdi)
  • al-Quran memiliki 114surah atau bahagian sedangkan "True Furqan" hanya memiliki 77surah termasuk al-Fatihah dan al-Jannah.
  • anehnya, "True Furqan" ini tidak dimulakan dengan 'bismillah' sebagaimana layaknya al-Quran kecuali surah tertentu.
  • "True Furqan" juga digelar "al-Quran abad ke-21" memiliki banyak tentangan tentang kepercayaan kepada Islam antaranya poligami dan penceraian kerana menurut kitab ini kedua-duanya adalah HARAM (ta'addud)
Benarlah firman Allah SWT yang berbunyi

Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu [Q.S Az Zumar:62]

Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa,Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan [Q.S Al Hasyr:23]

Sungguh kaum kafir laknatullah tiada senang jika kita belum mengakui Tuhan mereka.

al-Baqarah: 120, "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka"

Saturday, 21 July 2012

Nilai Nilai Universal Antara Tamadun

=> Institusi Keluarga

1 ) Tamadun Islam 
  • Tamadun Islam yang berasaskan ajaran Al-Quran memberi kepentingan dalam hubungan kekeluargaan.
  • Hubungan anak dan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab .
  • Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak itu didalam kandungan .
  • Anak anak tidak boleh menderhaka kepada ibu bapa kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa
2) Tamadun China 
  • Keluarga merupakan unit asas dalam tamadun China.
  • Ajaran Confucius menjadi asas kepada tamadun China (mementingkan hubungan kasih sayang dan hierarki kuasa ).
  • konsep 'li' menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia :-
a) hubungan maharaja dengan rakyat
b) hubungan bapa dengan anak
c) hubungan abang dengan adik
d) hubungan suami dengan isteri
e) hubungan kawan dengan kawan

3) Tamadun India 
  • Unit penting dalam tamadun India.
  • Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian disamping menjadi penerus zuriat.
  • Keluarga bersama ialah bentuk yang paling menonjol dalam sistem kekeluargaan India.
  • Walaupun hubungan darah yang dikira daripada anggota lelaki daripada keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan tetapi yang lebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan kasih sayang dan rasa hormat.


Agama dan Falsafah ~ TAMADUN CHINA

Pengenalan :
1)Masyarakat China mempercayai terdapat semangat yang kuat dalam setiap benda yang tercipta 
 seperti  alam  semulajadi dan sebagainya.
2)Berdasarkan kpd kepercayaan tersebut maka lahirnya upacara sembahyang dan penyembahan  terhadap alam semulajadi.
3) Mereka sangat mementingkan keharmonian alam semula jadi.  Konsep Feng-Shui @ angin air menunjukkan  tentang  betapa perlunya satu kehidupan harmoni dlm persekitaran semula jadi.
4)Keharmonian dan kestabilan alam semulajadi inilah yg membawa tuah  dan kesejahteraan kesihatan bg masyarakat China.
5) W/bagaimanapun, kepercayaan ini tidak membentuk agama formal bg masyarakat China,tetapi kepercayaan ini menjadi cara hidup masyarakat Cina & membentuk budaya mereka.


Agama yg terdapat dlm tamadun China :

Agama Konfusianisme


Asas Konfusianisme dikatakan berasal dari tulisan-tulisan klasik
 yang diterbitkan atas nama Konfusius
Ianya menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia ,
 terutama mengenai perikemanusiaan (ren),kesusilaan(li) , dan
 ketaatan kepada ibu bapa(xiao) .
Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan
 bersikap mulia(junzi) .
 Mencius (372 SM-289 SM) , salah seorang pujangga agung
 Konfusianisme telah menegaskan sifat semula jadi manusia yang baik
 ketika dilahirkan .

 Oleh sebab itu , manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat
 jenis sifat yang baik, iaitu prikemanusiaan (ren) , kewajaran (yi),  kesusilaan (li) dan 
 kearifan (zhi)

Agama Buddhisme

Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha(563 SM - 483SM)di India

 pada kurun ke-6 SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada

 kurun Masihi yang pertama.

Selepas penyebaran ke negara China,ianya telah mengalami pelbagai

 pengubahsuaian dan menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga dikenali

 sebagai Buddhisme Cina .

Namun begitu , asas pengajarannya tetap sama iaitu penderitaan

 adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada

 pelbagai masalah manusia .

Hawa nafsu dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis

 Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way) yang mengelakkan diri

 daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut

 perasaan menurut ajaran Sidharta Gautama Buddha.

 


Agama Daoisme

Daoisme diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina iaitu Lao Zi
 dan Zhuang Zhi yang berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi
 serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan secara
 spontan tanpa sebarang usaha .
Terbahagi kepada dua iaitu :
  a)pemikiran falsafah Dao (daojia)
  b)pemikiran keagamaan Dao (daojiao)
Kitab Daoisme iaitu Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik
 bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakkan ayatnya yang ringkas ,
 penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain
 menerangkan mengenai aspek metafizik Dao .

 Agama Moisme : 

Moisme diasaskan oleh Mo Zi (kk 479 SM-381SM) . 

Antara konsep yang penting dalam pemikiran aliran ini termasuk

 aspek kasih sayang(jian’ai) , mengecam sikap suka berperang
 (feigong) dan menyerah kepada nasib(feiming) dan mengutamakan
 golongan cerdik pandai (shangxian)
Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan
(gongli) , pengikutnya menentang konsep mandat tuhan mandat tuhan
 yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme .
Aliran pemikiran moisme menegaskan:
1-penyelarasan dan pembentukan kekuasaan pusat
2-berjimat cermat
3-melantik sesiapa yang berkelayakan dan berkemampuan ke jwtan kerajaan



Friday, 20 July 2012

TAMADUL AWAL DUNIA ~ tamadun CHINA

*Tamadun China merupakan sebuah tamadun  yg tertua di dunia, seperti juga tamadun-tamadun lain seperti tamadun Mesir, tamadun Mesopotamia, tamadun India dan juga tamadun Yunani.
*Tamadun-tamadun ini berkesinambungan sehingga masa kini.
*Tamadun China mempunyai sifat-sifat terbuka dlm interaksinya dgn tamadun lain, berintegratif dan jg dinamik, w/pun sering dicabar oleh tamadun-tamadun lain.
Faktor-faktor yang mempengaruhi tamadun China ialah:
1-Alam sekitar
2-Sistem Pertanian Purba
3-Bahasa dan Sistem Tulisan
4-Pembentukan Bangsa Tionghoa (gabungan kump Yan-Huang, Feng-Yang dan Miao-Man)
5-Pandangan Semesta
6-Falsafah dan agama
7-Institusi Politik dan sistem pemerintahan
8-Keluarga dan Masyarakat Cina
9-Orientasi sistem nilai 

#2 Pengaruh Islam di Asia Tenggara

Pemerintahan & Pentadbiran

  1. Sistem pemerintahan berasaskan Islam.
  2. Institusi kesultanan diperkenalkan.
  3. Sultan sebagai ketua negara.
  4. Mufti sebagai penasihat Sultan
  5. Wujud pegawai dan petugas.
  6. Penggunaan gelaran Sultan.
  7. Memperkenalkan undang-undang syariah.
  8. Semangat jihad menentang musuh, kemiskinan dan mencapai suatu kehidupan yang sempurna.

Bahasa & Kesusasteraan

  1. Tulisan jawi menjadi tulisan rasmi pentadbiran kerajaan
  2. Istilah Arab digunakan dalam bahasa Melayu. contoh : masjid, sultan, syukur
  3. Bahasa Melayu lebih mantap dan menjadi bahasa lingua-franca antara pedagang.

Kesenian

  1. Seni khat pada batu nisan.
  2. Pengaruh seni bina Islam dilihat pada bentuk masjid, bangunan, mimbar, mihrab, kubah dan menara azan.
  3. Contoh : masjid Ubaidiyah di Kuala Kangsar, Perak.

#1 Pengaruh Islam di Asia Tenggara

Ekonomi

  1. Baitumal diperkenalkan di Acheh.
  2. Berfungsi sebagai perbendaharaan negara dan hasil diperoleh daripada zakat dan sedekah.
  3. Islam menggalakkan umatnya berdagang dan berniaga.
  4. Menghapuskan amalan riba, penindasan dan penipuan.


Cara Hidup Islam

  1. Cara hidup Islam diasimilasikan dalam budaya Melayu.
  2. Unsur memuja semangat, keramat dan sebagainya semakin menghilang.
  3. Lahirlah cara hidup yang berorientasikan Islam seperti cara berpakaian (bertudung dan bersongkok)
  4. Sistem sosial masyarakat menekan konsep persaudaraan dan persamaan taraf.
  5. Nilai2 murni dijadikan panduan.

cara berpakaian

Sistem Pendidikan

  1. Ilmu menjadi satu kepentingan.
  2. Wujud institusi pendidikan formal (istana, pondok, pesantren, madrasah dan surau)
  3. Pusat pendidikan formal terawal di Asia Tenggara muncul dalam kerajaan Perlak dikenali sebagai pondok.
  4. Pendidikan Islam terus tersebar meluas ke Pulau Jawa, Filipina, Riau, Pattani dan Semenanjung Tanah Melayu.