Cute Pink Face Kaoani WEBLOG TITAS KAMI (^^,)v: Agama dan Falsafah ~ TAMADUN CHINA
السلام عليكم (^^,)v

Saturday, 21 July 2012

Agama dan Falsafah ~ TAMADUN CHINA

Pengenalan :
1)Masyarakat China mempercayai terdapat semangat yang kuat dalam setiap benda yang tercipta 
 seperti  alam  semulajadi dan sebagainya.
2)Berdasarkan kpd kepercayaan tersebut maka lahirnya upacara sembahyang dan penyembahan  terhadap alam semulajadi.
3) Mereka sangat mementingkan keharmonian alam semula jadi.  Konsep Feng-Shui @ angin air menunjukkan  tentang  betapa perlunya satu kehidupan harmoni dlm persekitaran semula jadi.
4)Keharmonian dan kestabilan alam semulajadi inilah yg membawa tuah  dan kesejahteraan kesihatan bg masyarakat China.
5) W/bagaimanapun, kepercayaan ini tidak membentuk agama formal bg masyarakat China,tetapi kepercayaan ini menjadi cara hidup masyarakat Cina & membentuk budaya mereka.


Agama yg terdapat dlm tamadun China :

Agama Konfusianisme


Asas Konfusianisme dikatakan berasal dari tulisan-tulisan klasik
 yang diterbitkan atas nama Konfusius
Ianya menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia ,
 terutama mengenai perikemanusiaan (ren),kesusilaan(li) , dan
 ketaatan kepada ibu bapa(xiao) .
Kesemua nilai yang mulia ini diteladani orang yang bermoral dan
 bersikap mulia(junzi) .
 Mencius (372 SM-289 SM) , salah seorang pujangga agung
 Konfusianisme telah menegaskan sifat semula jadi manusia yang baik
 ketika dilahirkan .

 Oleh sebab itu , manusia dikatakan berpotensi untuk mencapai empat
 jenis sifat yang baik, iaitu prikemanusiaan (ren) , kewajaran (yi),  kesusilaan (li) dan 
 kearifan (zhi)

Agama Buddhisme

Diasaskan oleh Siddhartha Gautama Buddha(563 SM - 483SM)di India

 pada kurun ke-6 SM dan kemudiannya disebar ke negara China pada

 kurun Masihi yang pertama.

Selepas penyebaran ke negara China,ianya telah mengalami pelbagai

 pengubahsuaian dan menyerapkan ciri-ciri kecinaan sehingga dikenali

 sebagai Buddhisme Cina .

Namun begitu , asas pengajarannya tetap sama iaitu penderitaan

 adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada

 pelbagai masalah manusia .

Hawa nafsu dapat dihindarkan dengan mengikuti Jalan Lapan Lapis

 Mulia atau Jalan Pertengahan (middle way) yang mengelakkan diri

 daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut

 perasaan menurut ajaran Sidharta Gautama Buddha.

 


Agama Daoisme

Daoisme diasaskan oleh dua orang pemikir agung Cina iaitu Lao Zi
 dan Zhuang Zhi yang berpendapat bahawa pemeliharaan semula jadi
 serta konsep wuwei (non-action) atau melakukan perbuatan secara
 spontan tanpa sebarang usaha .
Terbahagi kepada dua iaitu :
  a)pemikiran falsafah Dao (daojia)
  b)pemikiran keagamaan Dao (daojiao)
Kitab Daoisme iaitu Daodejing merupakan sebuah karya klasik mistik
 bagi aliran keagamaan Dao kerana kebanyakkan ayatnya yang ringkas ,
 penuh dengan konotasi yang terbuka kepada pelbagai tafsiran selain
 menerangkan mengenai aspek metafizik Dao .

 Agama Moisme : 

Moisme diasaskan oleh Mo Zi (kk 479 SM-381SM) . 

Antara konsep yang penting dalam pemikiran aliran ini termasuk

 aspek kasih sayang(jian’ai) , mengecam sikap suka berperang
 (feigong) dan menyerah kepada nasib(feiming) dan mengutamakan
 golongan cerdik pandai (shangxian)
Disebabkan penegasan aliran ini kepada sikap mengejar kepentingan
(gongli) , pengikutnya menentang konsep mandat tuhan mandat tuhan
 yang dikemukakan oleh aliran Konfusianisme .
Aliran pemikiran moisme menegaskan:
1-penyelarasan dan pembentukan kekuasaan pusat
2-berjimat cermat
3-melantik sesiapa yang berkelayakan dan berkemampuan ke jwtan kerajaan



No comments:

Post a Comment