Cute Pink Face Kaoani WEBLOG TITAS KAMI (^^,)v: Nilai Nilai Universal Antara Tamadun
السلام عليكم (^^,)v

Saturday 21 July 2012

Nilai Nilai Universal Antara Tamadun

=> Institusi Keluarga

1 ) Tamadun Islam 
  • Tamadun Islam yang berasaskan ajaran Al-Quran memberi kepentingan dalam hubungan kekeluargaan.
  • Hubungan anak dan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab .
  • Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak itu didalam kandungan .
  • Anak anak tidak boleh menderhaka kepada ibu bapa kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa
2) Tamadun China 
  • Keluarga merupakan unit asas dalam tamadun China.
  • Ajaran Confucius menjadi asas kepada tamadun China (mementingkan hubungan kasih sayang dan hierarki kuasa ).
  • konsep 'li' menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia :-
a) hubungan maharaja dengan rakyat
b) hubungan bapa dengan anak
c) hubungan abang dengan adik
d) hubungan suami dengan isteri
e) hubungan kawan dengan kawan

3) Tamadun India 
  • Unit penting dalam tamadun India.
  • Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian disamping menjadi penerus zuriat.
  • Keluarga bersama ialah bentuk yang paling menonjol dalam sistem kekeluargaan India.
  • Walaupun hubungan darah yang dikira daripada anggota lelaki daripada keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan tetapi yang lebih penting ialah ikatan yang didasarkan oleh perasaan kasih sayang dan rasa hormat.


No comments:

Post a Comment