Cute Pink Face Kaoani WEBLOG TITAS KAMI (^^,)v: Pendaftaran Anak Luar Nikah dalam setiap 17minit 17saat!
السلام عليكم (^^,)v

Sunday 29 July 2012

Pendaftaran Anak Luar Nikah dalam setiap 17minit 17saat!

Dalam tamadun Islam kita pada hari ini, kelahiran anak luar nikah bukanlah lagi satu perkara yang luar biasa memandangkan dari sehari ke sehari jumlah kelahiran semakin meningkat seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.


Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibubapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Terdapat perbezaan sijil kelahiran anak tidak sah taraf dengan yang sah taraf. Nombor sijil yang biasanya diletakkan pada dokumen sebelah kanan, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemilik tidak mengetahui ayah kandung mereka.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa cacatan nama bapa sejak tahun 2000 hingga Julai 2008.

Ini bermakna, secara putara 2,500 kes anak luar nikah direkodkan setiap bulan atau 83.3 kes setiap hari. Jika diunjurkan lagi, kes perdaftaran anak luar nikah telah berlaku pada setiap 17minit 17saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik, dalam tempoh 4tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%)orang adalah bayi kepada orang Islam.

PECAHAN MENGIKUT NEGERI

Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.

Inilah virus W1H1N iaitu WAHAN yang sedang pesat melanda umat Islam kita pada hari ini. Rekod menunjukkan hanya 83kes setiap hari, bagaimana dengan kes yang tidak direkodkan?

Tambahan pula hari ni kita telah mencapai tahun 2012. pastinya kes pendaftaran anak tidak sah taraf semakin meningkat kini. 

Sama-sama kita renungkan. Cinta di Dunia hanya Sementara, tetapi Cinta Akhirat pasti kekal Abadi.

No comments:

Post a Comment