Cute Pink Face Kaoani WEBLOG TITAS KAMI (^^,)v: ISLAMOPHOBIA
السلام عليكم (^^,)v

Saturday, 28 July 2012

ISLAMOPHOBIA

  • 11 September : Kemusnahan Pusat Perdagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat.
  • Dunia mula mengenal al-Qaeda dan Osama bin Laden kononnya sebagai pengganas Islam paling berbahaya.
  • Kalangan pengulas di Amerika menunding jari kepada Arab Saudi.
  • Masyarakat Islam digelar Pengganas dan rasa gerun terhadap muslim mencetuskan fenomena Islamophobia.
  • Islam yang difahami mereka adalah agama yang mempunyai sifat untuk menghancurkan semua tamadun lain termasuklah Barat.
  • Terjemahan Al-Quran yang dibaca oleh sesetengah individu dan kelompok masyarakat Eropah khususnya mendapati Islam menyeru umatnya memerangi orang kafir.
  • Akibat : Kemunculan perasaan benci dan takut terhadap apa jua unsur yang memaparkan atau mengandungi imej Islam.
  • Kesan : Mendorong perlakuan-perlakuan yang tidak bertamadun bagi memberi tindak balas terhadap ancaman yang dihadapi. 
  • Kempen membakar naskah Al-Quran bercetak sebagai usaha menghantar mesej kepada umat Islam bahawa mereka menganggap ajaran Al-Quran adalah jahat.
  • Bagi Barat, al-Quran lah yang membawa kepada peristiwa 11 September itu. Tetapi bagi orang Islam umumnya, serangan dalam 11 September itu bukan ajaran Islam.
  • Keganasan bukan ajaran Islam. Orang Islam sendiri bukan saja takut pada keganasan, tetapi telah pun menjadi mangsa mereka.
  • Walaupun niatnya itu dibatalkan tetapi dunia tergamam dengan pengumumannya. Orang Islam di seluruh dunia marah dan tidak kurang yang sudah mengancam nyawanya.
  • Apa yang dikhuatirkan ialah apabila beliau meneruskan juga niatnya itu dan satu tindas balas yang ganas berlaku dari kalangan orang Islam, yang natijahnya hanya memburukkan lagi hubungan antara orang Islam, dan Kristian serta selanjutnya menyusahkan dunia keseluruhannya
  • Penciptaan istilah 2 seperti ‘terrorist Islam’,’military islam’atau ‘Islam Fundamentalis’ oleh media massa pula menambah barah pada dunia.
  • Agama Islam dan penganutnya sering dikaitkan dengan unsur2 keganasan dan ketidakmadunan di dada2 akhbar saban waktu.
  • tidak juga dapat dinafikan,fenomena ini juga terjadi dari kesalahan orang islam sendiri.contohnya,dalam negara Malaysia,pemegang rekod penagih dadah,penghuni penjara paling ramai,gejala buang bayi,mat rempit ,bohsia,pengkid dan lain2 masalah penyakit social 
  • semuanya digalas penganut Islam sendiri di tangga teratas dengan jumlah maximum tertinggi.Selain itu,perbalahan politik dalam kalangan orang Islam (UMNO&PAS) & pertelingkahan antara sesama golongan agamawan juga menyumbang kepada berlakunya salah faham terhadap agama Islam.
  • Hakikatnya,Islamophobia berlaku disebabkan "salah faham’manusia tidak kira muslim atau non-muslim terhadap agama Islam itu tersendiri."
  • Susulan itu, pelbagai jenis Islamophobia mula wujud di minda masyarakat.
Antaranya mula menganggap :

ISLAM AGAMA YANG GANAS



  • Lihatlah bagaimana pengganas Islam telah menyerang simbol2 tamadun Barat.Pusat perdagangan Dunia (WTC)adalah symbol ekonomi America.Pentagon adalah symbol pertahanan America & Kongres adalah symbol politik Amerika.
==== menganggap orang Islam yang berjanggut sering terlibat dalam kes2 pengeboman berani mati.
==== beranggapan wanita berhijab menyembunyikan bom di sebalik tudung.

ISLAM MUNDUR

  • negara2 Eropah memandang negara2 Islam sebagai sebuah negara yang tiada kemajuan lantas tiada tanding mengatasi mereka,justeru,Islam dianggap mundur.

PREJUDIS


pandangan negative dari mereka yang jahil mengenai islam melahirkan sikap prejudis terhadap ajaran yang disampaikan melalui AQ mengenai  beberapa isu seperti berikut;
  • isu Islam memebenarkan lelaki berkahwin empat
  • kaum wanita non-muslim beranggapan ia tidak adil bagi wanita dan ini dianggap penaniyaan terhadap hak2 wanita.
>>pemakaian hijab
  • hijab bagi non-muslim adalah satu penindasan kerana “free hair”adalah satu kebebasan bagi mereka.
>>puasa selama sebulan
  • tuntutan ini dianggap suatu perkara yang memudaratkan kerana puasa hanya melemahkan badan akibat kurang tenaga tanpa pengambilan makanan selama sebulan.

Semua ini adalah tanggapan dari akal fikiran mereka yang diikuti nafsu dan logic akal semata-mata tanpa melihat hikmah yang terselindung pada setiap ajaran agama.

Umat Islam seharusnya memahami isu2 yang menyumbang kepada Islamophobia & juga cara untuk membersihkan salah faham mereka terhadap Islam.Umat Islam sendiri mesti meningkatkan mutu tamadun sendiri supaya Barat akhirnya dapat meihat Islam sebenar & tidak perlu salah faham lagi.

RENTETAN PERISTIWA


 Sudah banyak orang menulis mengenai punca & susur galur peristiwa 11 september. Tidak akan ada sesiapa  yang mampu untuk memebaca semua ulasan &kajian mengenainya.
          Maka banyak orang hanya membaca ulasan2 yang cendorong kepada pendapat peribadi masing2. Kalau dari kalangan pihak Barat,sudah tentu ia memegang sesuatu pandangan yang diwarnai dengan fahaman mereka terhadap Islam secara turun temurun. Begitu juga di pihak Islam. Meraka akan hanya memebaca atau mendengar pandangan2 yang cendorong kepada fahaman masing2. 




No comments:

Post a Comment