* Bukti : Amr ibn al-As berjaya menawan Mesir di zaman pemerintahan Umar al-Khattab pada tahun 939 M. Bermakna tamadun Islam telah bertembung dengan Tamadun Yunani-Rom yang sudah bertapak di Mesir.
* Semasa zaman Abbasiyah, tamadun Parsi berjaya dikuasai.
* Selepas itu, pada 670 M, kerajaan Bani Umaiyah berjaya menakluk Qayrawan di utara Afrika dan tiba di Sepanyol pada 711 M. Tamadun Islam bertembung pula dengan tamadun Eropah.
Cara Pertembungan :
Perdagangan dan Perniagaan
# Nabi Muhammad SAW pernah melihat tamadun Kristian sewaktu berniaga di Syam (Syria)
# Perdagangan merentasi laut juga menjadi alat pertembungan utama tamadun.
# Seawal akhir abad ke-7 M, orang Islam telah menetap dan berdagang di Canton, China. Jadi tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun China.
Kebudayaan
# Kemasukan Islam ke Sepanyol telah menjadikan bahasa Arab sebagai bahasa utama di Sepanyol semasa zaman Umaiyah yang berpusat di Cordova.
# Lahir golongan Mozarab (orang tempatan beragama Kristian yang mengamalkan budaya Islam dan berbahasa Arab)
Intelektual
# Para ilmuan Islam belajar ilmu pengetahuan tamadun Eropah dan memperkembangkannya mengikut pandangan mereka.
# Begitu juga dengan tindakan yang dilakukan oleh para intelektual Barat.
# Kedua-duanya bekerjasama erat mengembangkan pengetahuan masing-masing.
Hubungan Diplomatik
# Melalui hubungan diplomatik, orang Islam tahu tentang cara hidup, cara berfikir dan cara mentadbir daripada tamadun luar.
# Contoh : semasa kerajaan Bani Umaiyah, sekumpulan peneroka Islam dihantar ke utara Selat Gibraltar, selatan Sepanyol untuk mempelajari cara kehidupan, keagamaan, ekonomi pentadbiran dan sebagainya secara aman antara orang Islam dan orang bukan Islam.
Penaklukan dan Ketenteraan
# Berlaku apabila tentera Islam menguasai Iran dan Iraq, tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun Parsi.
# Apabila tentera Islam menakluk Mesir dan Afrika Utara, tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun Rom.
No comments:
Post a Comment