Cute Pink Face Kaoani WEBLOG TITAS KAMI (^^,)v: Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain : Kesan2
السلام عليكم (^^,)v

Thursday 19 July 2012

Pertembungan Tamadun Islam dengan Tamadun Lain : Kesan2

Ekonomi :

# Perluasan kuasa Islam membolehkan orang Islam mengusai ekonomi (perdagangan)
# Contoh : Istanbul pusat kegiatan ekonomi dan kerajaan Turki Uthmaniyah memiliki armada laut yang menjaga keselamatan pedagang.

Politik :

# Lahirkan pelbagai bentuk kerajaan dan masyarakat di dalam dunia Islam.
# Contoh : kerajaan Delhi Mughal di India.

Kesusasteraan :

# Ramai penulis menghasilkan novel dan puisi agung yang berkonsepkan ketahanan dan kemanusiaan.

Kesenian Islam :

# Telah mempengaruhi kesenian Eropah.
# Contoh : seni ukir bangunan Itali ada ciri-ciri kesenian Islam.

Perluasan Kawasan :

# Membolehkan perluasan kawasan penyebaran Islam dan kawasan yang diperintah oleh orang Islam.
# Contoh : di China masih terdapat masyarakat Islam di beberapa buah kawasan.

Kebudayaan :

# Orang bukan Islam juga turut dipengaruhi cara berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan sebagainya daripada orang Islam (golongan Mudejar) minoriti yag terus tinggal di kawasan pemerintahan orang Kristian.

Pertukaran Pendapat :

# Para cendiakawan Islam dan bukan Islam betukar-tukar pendapat.
# Bahan rujukan tamadun lain dikaji dan disimpan membolehkan penghasilan buku-buku ilmiah oleh ilmuan Islam.

Pendidikan :

# Penekanan pendidikan dalam bidang pendidikan sains, matematik dan teknologi yang turut diberi penekanan selain pendidikan agama.
# Contoh : semasa zaman Abbasiyah yang mewajibkan pelajarnya belajar ilmu lain selain ilmu agama.

Urbanisasi dan Organisasi Sosial :

# Islam juga mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial di bandar dan kawasan yang dikuasai baik sistem perundangan, kebudayaan mahupun intelektual.
# Contoh : kerajaan Turki Uthmaniyah menyelaraskan undang2 yang saksama di kawasan naungannya sebagaimana yang berlaku di Balkan.

Keagamaan :

# Akidah Islam yang satu, kepercayaan kepada Allah SWT
# Islam adalah agama yang mudah difahami dan sesuai dianuti oleh semua masyarakat lapisan dunia.

No comments:

Post a Comment