Cute Pink Face Kaoani WEBLOG TITAS KAMI (^^,)v: Penyebaran Islam di Makkah
السلام عليكم (^^,)v

Wednesday, 18 July 2012

Penyebaran Islam di Makkah


Terdapat dua cara penyebaran Islam ketika di Makkah pada zaman dahulu :
  • Secara Sulit

* Disampaikan kepada ahli keluarga baginda, sahabat yang rapat dan kaum keluarga baginda.

* Dijalankan selama 3tahun

* Orang yang menerima dakwah secara sulit dan memeluk Islam ialah :

- Khadijah bt Khuwailid (Isteri baginda)
- Ali b. Abu Talib (Sepupu)
- Zaid b. Harithah (Anak angkat baginda)
- Abu Bakar al-Siddiq (Sahabat baik)
- Uthman b. Affan (Sahabat baginda)
- Zubair b. al-Awwam
- Al-Arqam b. Abu Arqam (Rumahnya menjadi tempat Nabi Muhammad S.A.W menyampaikan dakwah dan pusat kegiatan Islam pertama di Makkah) 

* Ketinggian akhlak dan kejujuran para sahabat menyebabkan dakwah Islamiah mendapat sambutan.

  • Secara Terbuka

* Ditujukan kepada keluarga Abdul Mutalib, dilakukan setelah turun wahyu yang meminta baginda menyebarkan Islam kepada kaum keluarganya. 

* Baginda bermesyuarat dahulu dan mengadakan dakwah secara terbuka di rumah Ali b. Abu Talib. Baginda menerangkan tentang Islam.

* Orang yang menentang kuat dakwah nabi ialah Abu Lahab.

* Kemudian berdakwah kepada orang ramai di Bukit Safa, Makkah setelah Allah menurunkan perintah melalui surah al-Hijr, ayat 94.

* Semua ketua Quraisy hadir antaranya, ketua Bani Abdul Muttalib, Bani Zuhrah, Bani Asad, Bani Tamim.

* Semasa baginda menyampaikan dakwah, Abu Lahab memaki baginda sehinggakan dakwahnya itu dibatalkan.

* Ramai yang memeluk Islam dan ada juga yang menentang.

No comments:

Post a Comment