Cute Pink Face Kaoani WEBLOG TITAS KAMI (^^,)v: Cinta Kaum Sejenis (HomoSex)
السلام عليكم (^^,)v

Friday, 17 August 2012

Cinta Kaum Sejenis (HomoSex)

LAUT MATI
Berdasarkan pengajaran dari kisah Laut Mati, tempat paling rendah di dunia iaitu 411 meter dari paras laut. Laut Mati merupakan sebuah tasik besar seluas 60 km panjang. Rasa airnya terlalu masin seperti terasa pedas di lidah jika merasainya. Tidak ada kehidupan di sini. Ia merupakan Kota Sodom iaitu kota kaum Nabi Lut yang mengamalkan homosex. Kemurkaan Allah menyebabkan bumi diterbalikkan dan dihenyak hingga tenggelam 411 meter dari paras laut. Nabi Lut yang beriman diselamatkan Allah dan tinggal di Jurusalem. Dari tempat ini ke Jurusalem lebih kurang 60 km.


CINTA SEJENIS
Allah SWT telah menciptakan manusia berpasang-pasangan. Adam dan Hawa iaitu lelaki dan perempuan. Tetapi dalam dunia globalisasi kita yang semakin membangun hari ini, terdapat banyak pasangan yang melibatkan kaum sejenis. lelaki + lelaki = GAY. perempuan + perempuan = LESBIAN.


Masyarakat kita pada hari ini, semakin kembali kepada zaman2 silam ketika manusia masih jahil tentang agama Islam. Seperti pengajaran yang diterangkan di atas. Ketika zaman Nabi Lut yang mana kaumnya melakukan hubungan sejenis dan diturunkan bala kepada mereka.

Biarpun ada diantara kita yang sebenarnya tahu tentang kisah ini, namun mereka masih melakukan perbuatan terkutuk itu. Bukan sedikit, tapi majoriti sebenarnya kerana kisah ini pasti akan diceritakan ketika anda menuntut di sekolah.

Perasaan cinta dan sayang sesama manusia bukan sesuatu yang dapat dipaksa. Tetapi jika melibatkan perasaan sesama jenis, abaikanlah dengan segera. Kerana ia amat merugikan kita :


  • ia tidak dapat dibawa ke mana-mana
  • merugikan cinta dan air mata
  • nafsu semata-mata
  • membawa derita
  • cinta yang sememangnya buta
  • mainan dunia
  • PERKARA SIA-SIA

Mudarat dan Sengsara sememangnya penantian bagi sang pencinta kaum sejenis. Jika ada yang berfikir, mereka seharusnya diterima masyarakat kerana mereka juga manusia, tetapi ingatlah ALLAH TIDAK SAMA SEKALI AKAN MENERIMANYA.

Dalam sebuah kehidupan, apa yang lebih penting? pandangan masyarakat atau pandangan ALLAH? fikir-fikirkan (^^,)v

No comments:

Post a Comment