Cute Pink Face Kaoani WEBLOG TITAS KAMI (^^,)v: August 2012
السلام عليكم (^^,)v

Friday, 17 August 2012

Cinta Kaum Sejenis (HomoSex)

LAUT MATI
Berdasarkan pengajaran dari kisah Laut Mati, tempat paling rendah di dunia iaitu 411 meter dari paras laut. Laut Mati merupakan sebuah tasik besar seluas 60 km panjang. Rasa airnya terlalu masin seperti terasa pedas di lidah jika merasainya. Tidak ada kehidupan di sini. Ia merupakan Kota Sodom iaitu kota kaum Nabi Lut yang mengamalkan homosex. Kemurkaan Allah menyebabkan bumi diterbalikkan dan dihenyak hingga tenggelam 411 meter dari paras laut. Nabi Lut yang beriman diselamatkan Allah dan tinggal di Jurusalem. Dari tempat ini ke Jurusalem lebih kurang 60 km.


CINTA SEJENIS
Allah SWT telah menciptakan manusia berpasang-pasangan. Adam dan Hawa iaitu lelaki dan perempuan. Tetapi dalam dunia globalisasi kita yang semakin membangun hari ini, terdapat banyak pasangan yang melibatkan kaum sejenis. lelaki + lelaki = GAY. perempuan + perempuan = LESBIAN.


Masyarakat kita pada hari ini, semakin kembali kepada zaman2 silam ketika manusia masih jahil tentang agama Islam. Seperti pengajaran yang diterangkan di atas. Ketika zaman Nabi Lut yang mana kaumnya melakukan hubungan sejenis dan diturunkan bala kepada mereka.

Biarpun ada diantara kita yang sebenarnya tahu tentang kisah ini, namun mereka masih melakukan perbuatan terkutuk itu. Bukan sedikit, tapi majoriti sebenarnya kerana kisah ini pasti akan diceritakan ketika anda menuntut di sekolah.

Perasaan cinta dan sayang sesama manusia bukan sesuatu yang dapat dipaksa. Tetapi jika melibatkan perasaan sesama jenis, abaikanlah dengan segera. Kerana ia amat merugikan kita :


  • ia tidak dapat dibawa ke mana-mana
  • merugikan cinta dan air mata
  • nafsu semata-mata
  • membawa derita
  • cinta yang sememangnya buta
  • mainan dunia
  • PERKARA SIA-SIA

Mudarat dan Sengsara sememangnya penantian bagi sang pencinta kaum sejenis. Jika ada yang berfikir, mereka seharusnya diterima masyarakat kerana mereka juga manusia, tetapi ingatlah ALLAH TIDAK SAMA SEKALI AKAN MENERIMANYA.

Dalam sebuah kehidupan, apa yang lebih penting? pandangan masyarakat atau pandangan ALLAH? fikir-fikirkan (^^,)v

ISLAMOPHOBIA 2

Who's the Real Terrorist-English Subtitles

Assalamualaikum &Selamat Sejahtera video ni kami dapat sbgai tambahan ..Watch till the endwe hope you like it   (^^,)V

Thursday, 16 August 2012

bangga tiada dara!

Jika dahulu, bagi gadis2 yang telah kehilangan dara, ia merupakan satu perkara yang amat memalukan apatah lagi bagi yang beragama Islam. Tetapi ia tidak pada hari ini. Isu gadis kehilangan dara semakin menjadi isu biasa pada masyarakat kita pada hari ini. Seolah-olah perkara itu tidak menjadi sesuatu perkara yang penting bagi insan yang bergelar GADIS.

Jika dahulu, apabila seorang gadis telah kehilangan mahkotanya (dara), dia pasti akan menyembunyikan perkara itu kerana perkara itu merupakan perkara yang paling memalukan bagi seorang gadis. Tetapi tidak pula bagi gadis hari ini, mereka bangga dengan kehilangannya. Malah ada yang menganggap gadis yang masih mempunyai dara itu KOLOT!

Di dada2 akhbar kini banyak isu2 gadis bangga dengan kehilangan dara. tidak percaya? di sini kami selitkan satu.


Jadi dalam isu ini, siapa yang harus dipersalahkan? ibu bapa yang kononnya gagal mendidik anak2, atau anak2 sendiri yang mudah terpengaruh dengan cara kehidupan barat yang bebas melakukan seks? sama2 kita fikirkan. Assalamualaikum (: