Cute Pink Face Kaoani WEBLOG TITAS KAMI (^^,)v: #1 Cara Penyebaran Islam di Asia Tenggara
السلام عليكم (^^,)v

Friday, 20 July 2012

#1 Cara Penyebaran Islam di Asia Tenggara

Perdagangan

  • Hubungan perdagangan sejak abad ke-7 M.
  • Sifat pedagang Islam yang bijak, lemah lembut dan berpengaruh menarik minat penduduk tempatan.
  • Perkampungan pedagang Islam menjadi pusat perbincangan tentang agama Islam.
  • Pendakwah mengamalkan sifat berhemah dan lemah lembut semasa menyampaikan ajaran Islam. Adanya hubungan baik antara pedagang Islam dengan pemerintah tempatan.
  • Ramai pedagang Islam dianugerahkan jawatan syahbandar.

Keistimewaan Islam

  • Penduduk tertarik dengan ajaran Islam yang mudah difahami dan sederhana serta merangkumi semua bidang.
  • Konsep sama rata antara individu tanpa mengira darjat menarik minat pendudk tempatan.

Pengislaman Raja dan Golongan Bangsawan

  • Raja dan golongan bangsawan mempunyai pengaruh yang kuat terhadap rakyat.
  • Apabila raja memeluk Islam, ia akan diikuti oleh rakyatnya.
  • Contoh : pengislaman Megat Iskandar Syah diikuti oleh pembesar Melaka, keluarga diraja dan rakyat jelata.

Perkahwinan

  • Perkahwinan siasah : dikalangan raja-raja
  • Perkahwinan biasa : Antara pedagang Islam dari India atau Semenanjung Arab dan penduduk tempatan.
  • Contoh : di Melaka, Sultan Muzafar Shah dan Sultan Mansur Syah telah mengahwinkan puteri2 mereka dengan raja Kampar, Jambi, Siak dan Inderagiri di Sumatera Utara.

No comments:

Post a Comment