Cute Pink Face Kaoani WEBLOG TITAS KAMI (^^,)v: May 2013
السلام عليكم (^^,)v

Monday 20 May 2013

Akalku Dangkal,Ilmuku Kurang


. . . . . . . .

"Semoga Allah memudahkan urusan kita"

      Jantungku berdegup kencang ketika dia berkata seperi itu.Aku pun terdiam.

Dia kemudian berkata, "Memang,kadang kita dihadapkan dengan keadaan yang serba sulit.Keadaan yang serba sulit ini memaksa kita untuk melakukan hal2 yang tak utama,dan meninggalkan hal2 yang utama.Banyak orang yang gagal dalam menghadapi situasi seperti ini.Terutama bagi kaum wanita.Mereka kemudian lupa akan kewajipan2 mereka dan sibuk menuntut hak2 mereka.Mereka lupa bahawa menuntut hak itu tidak mungkin.Menuntut hak kepada siapa?Memang ada ke orang yang akan memberi hak?Hak itu bukan untuk dituntut,kerana memang tak ada yang menyembunyikannya.Hak untuk didapatkan,sesuai dengan perjuangan kita dalam melakukan kewajipan2.Banyak wanita tak tahu akan kewajipan2 mereka,tetapi disibukkan dengan hak-haknya.Ditanggalkan tudung mereka,dilanggar garis sempadan hubungan antara lelaki & perempuan.Akibatnya,moral menjadi rosak.Agama menjadi asing&ajaranNya diinjak2 ! ''

Lalu dia bertanya kepada aku,''Sebagai seorang muslimah,sudah tahukah anda apa kewajipan2 anda?"

"Mestilah sama dengan lelaki.Wajib solat,wajib puasa,wajib pergi haji bila berkemampuan dan lain2''

''Pasti yang itu je?"

"Habis tu??"

"Bagaimana dengan hukum2 Islam yang khusus bagi seorang muslimah?Dah tahu?Dah belajar?"

"Maaf,tak tahu banyak"

      "Inilah ilmu yang semakin lama semakin jauh dari kehidupan muslimah sekarang ini.Semakin lama,muslimah semakin buta terhadap fiqh an-nisa (fitrah wanita).Semakin lama muslimah semakin tak tahu bagaimana cara bergaul,hukum berkenaan tudung,hukum batasan aurat,siapa yang menjadi mahram & bukan mahram,bagaimana berhubungan dengan sesama mahram & dengan bukan mahramm bagaimana hukum2 menstruasi,bagaimana memilih pasangan hidup,bagaimana hak & kewajipan sebagai seorang isteri,seorang ibu,bagaimana mendidik anak sesuai dengan Al-Quran dan As-Sunnah,bagaimana solat khusus bagi kaum muslimah dan sebagainya.Sudah belajar habis,ukhti?"

"Belum"

       "Bagaimana kau merasa yakin bahawa kau adalah seorang muslimah apabila kau belum mengetahui hukum2 yang berkaitan dengan muslimah?Ukhti,mengaku saja tak cukup.Orang yang tak mengenal hukum2 tentang muslimah,walau dia adalah seorang perempuan muslim,dia belum dapat disebut sebagai muslimah.Kenali dirimu sebagai muslimah,ukhti...."

         Aku terdiam.