Cute Pink Face Kaoani WEBLOG TITAS KAMI (^^,)v: June 2012
السلام عليكم (^^,)v

Saturday, 30 June 2012

Apa Itu Tamadun?

Tamadun berasal dari perkataan Arab maddana, mudun, madain yang bererti pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan rohaniah. Perkataan tamadun dapat diertikan kepada keadaan hidup bermasyarakat yang bertambah maju. Istilah-istilah lain yang sama pengertiannya dengan tamadun adalah: umran,hadarahmadaniyah. Dalam bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama dengan tamadun ialah culture and civilization atau kebudayaan dalam bahasa Melayu. Perkataan civilization dalam bahasa inggeris berasal dari bahasa Greek civitas yang bermaksud bandar. Para sarjana telah membahas persamaan dan perbezaan istilah-istilah tersebut. Istilah Tamadun banyak digunakan dalam penulisan Tamadun Islam.


Asal-usul Tamadun
  • Ibn Khaldun merupakan orang pertama yang membuat kajian khusus tentang tamadun pada kurun ke-14 dalam bukunya al-Muqaddimah li Kitab al-'ibar wa Diwan al-Mabtada' wa al-Khabar fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar.
  • Beliau menggunakan perkataan 'umran sebagai merujuk kepada 'tamadun' yang kita fahami sekarang.
  • Di Eropah, perkataan civilisation hanya mula diungkapkan pada abad ke-18 dan mula digunakan pada kurun ke-19.

Ciri-ciri Masyarakat Bertamadun

  1. Bentuk agama yang tinggi.
  2. Negara yang tersusun rapi.
  3. Sistem undang-undang
  4. Kehidupan bandar.
  5. Bahasa dan sistem tulisan yang maju.
  6. Bentuk-bentuk kesenian dan senibina yang istimewa.

Tuesday, 26 June 2012

Blog Assignment (:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Untuk entry kami yang pertama, biar kami jelaskan tujuan sebenar blog ini dibina bagi memudahkan pembaca di luar sana.

Blog ini sebenarnya dibina khusus untuk assignment yang telah diberikan oleh lecturer kami bagi subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Kami diminta membuat sebuah blog bagi menepati assignment kami pada kali ini. Markah akan diambil 15% dari hasil blog ini untuk dicampurkan dalam markah final kami.

Disamping itu, kami berharap blog ini juga dapat memberi manfaat kepada semua memandangkan kami dikehendaki membuat pelbagai entry tentang tamadun yang berlaku pada negara kita. Pastinya kami juga akan menyediakan info2 tentang tamadun Islam dan tamadun Asia khususnya. Semoga usaha dan niat murni kami ini mendapat respon yang positif. Selamat meneroka dan salam perkenalan (: